Tuesday 13 December 2016

Saman DoJ AS : Alasan 1 MDB Tiada Salah Laku Tidak Masuk Akal


Pada 20 Julai 2016, Pejabat Peguam Negara Amerika Syarikat mengumumkan bahawa Jabatan Kehakiman memfailkan saman sivil terhadap entiti tertentu dan individu yang dikaitkan dengan 1 MDB. 

Pada 26.7 .2016 lalu menerusi siaran media 1 MDB menyatakan Lembaga Pengarah 1MDB telah mengkaji semula dan membincangkan kandungan saman dan Lembaga Pengarah tetap yakin bahawa tiada kesalahan telah dilakukan oleh 1MDB dan bahawa penyata kewangan yang telah diaudit lalu terus menunjukkan gambaran yang benar dan saksama mengenai hal ehwal syarikat itu .

Lembaga Pengarah telah memutuskan bahawa, sebagai langkah berjaga-jaga, penyata kewangan 2013 dan 2014 diaudit 1MDB tidak lagi boleh dirujuk kepada mana-mana pihak, sementara menunggu penentuan muktamad dan tidak boleh dipertikaikan oleh mahkamah undang-undang fakta dakwaan tertentu, seperti yang dinyatakan dalam Aduan.

Lembaga Pengarah komited untuk mencari seorang juruaudit baru untuk 1MDB, untuk menggantikan Deloitte, yang sebelum ini telah memberitahu 1MDB mengenai niatnya untuk meletak jawatan pada 26 Februari 2016.

http://1mdb.com.my/bm/siaran-media/1mdb-audited-accounts-auditor-update

Penulis ingin mengulas serba sedikit tentang siaran media ini. 

Seperti yang semua maklum, Deloitte sudah menarik diri dari menjadi juruaudit 1MDB dan sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan dari 1MDB atau kerajaan siapakah yang menggantikan tempat Deloitte.

Bukan itu saja, Deloitte juga telah menarik balik akaun 1MDB yang telah mereka audit bagi tahun 2012-2013 dan 2013-2014 dan tanpa segan silu menyatakan akaun 1MDB yang telah mereka audit untuk dua tahun itu TAK BOLEH PAKAI ! ( should no longer be relied upon )


Berkenaan saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pula ianya telah mengemukakan beberapa bukti transaksi 

Anda masih ingat akan gambar rajah di bawah sepertimana dikemukakan oleh Arulkanda tahun lepas ketika mahu menjustifikasikan perbelanjaan RM42 bilion 1MDB ?

Tumpukan pada angka2 Pelaburan yang dimerahkan
Dakwaan oleh DOJ



Dakwaan oleh DOJ

244. On or about March 19, 2013, a total of $2,721,000,000, representing proceeds of the bond sale, was transferred from Bank of New York Mellon into the BSI Lugano account of 1MDB Global in two separate wires of $2,494,250,000 and $226,750,000.

DOJ turut merujuk kepada pinjaman 1MDB yang sama, iaitu USD3 bil selepas ditolak kos komisen kepada bank Yahudi Goldman Sachs, berbaki USD2.721 bil. Kesemuanya dimasukkan ke akaun 1MDB Global di BSI Lugano.

245. Between May 21 and 27, 2013, 1MDB Global transferred a total of $1,590,000,000 from its account at BSI Lugano to accounts belonging to three different overseas investment funds: Devonshire Capital Growth Fund (“Devonshire”), a fund located in the British Virgin Islands; Enterprise, a fund located in Curacao; and Cistenique, another fund located in Curacao (collectively, the “Overseas Investment Funds”). This money was routed via the clearing company Citco, before being transferred into the accounts of the Overseas Investment Funds. As described in Paragraphs 172-176 above, two of these three funds, Cistenique and Enterprise, were used in 2012 to pass funds traceable to the Project Maximus bond proceeds from Aabar-BVI to Blackstone.

Kemudian 1MDB telah memindahkan USD1.59 bil kepada 3 firma pelaburan di British Virgin Islands dan Curacao.

Adakah ini SAMA dengan Pelaburan GIL 1MDB bernilai RM5.1 bilion sepertimana yang disebut oleh Arul Kanda ?

Sumber dana adalah SAMA, nilai yang di'labur'kan juga SAMA, tempat juga SAMA, tarikh juga SAMA.
http://dinturtleoriginal.blogspot.my/2016/09/bawa-balik-pelaburan-luar-1mdb-dan-ini.html.

Rumusannya ialah :

Bukti-bukti transaksi yang dinyatakan oleh Jabatan Kehakiman Negara Amerika Syarikat ini juga sama dengan Laporan siasatan PAC malah lebih terperinci sehingga kepada pembelian aset-aset di Amerika Syarikat.

Sehubungan itu sama ada penyata kewangan 1mdb itu siap atau tidak sebenarnya tidak perlu dirujuk.

Kenapa Deloitte menarik balik audit ekaun 2013, 2014? sudah tentu mereka tidak yakin tentang audit yang mereka buat itu. Apa-apa pun kita tunggu berita tentang perbicaraan kes ini yang sedang berlansung di Amerika Syarikat.

No comments:

Post a Comment