Tuesday 28 February 2017

Petronas Jual 50 % Pegangan Saham Rapid Pada Aramco


Petronas akan menjual pegangan dalam projek penapisan dan petrokimia yang diusahakannya kepada Gergasi minyak Arab Saudi Aramco dengan jumlah pelaburan keseluruhan AS$7 bilion (RM31.10 bilion).

Dalam kenyataan bersama, syarikat-syarikat itu berkata Aramco akan membeli 50 peratus saham dalam aset-aset dan usahasama terpilih dalam projek Penapisan dan Pembangunan Petrokimia Bersepadu (Rapid) di Pengerang, Johor.

Majlis menandatangani kerjasama itu secara rasmi disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Raja Arab Saudi Raja Salman, yang sedang dalam rangka lawatan ke Malaysia, lapor Reuters.

Aramco akan membekalkan sehingga 70 peratus daripada keperluan minyak mentah manakala gas asli, kuasa dan kemudahan lain akan disediakan oleh Petronas, menurut kenyataan itu.

Wednesday 22 February 2017

Abby Abadi Tidak Yakin Dengan Perjuangan PAS Bawaan Hadi Awang


Abby mendakwa PAS kini di bawah pimpinan Hadi Awang sudah berubah dan lari dari perjuangan asal parti itu selepas ketiadaan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

“Waktu tu saya ada Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz tempat belajar, bersembang, bertanya apa sahaja. Setiap butir perkataan Almarhum saya pahat dalam kepala saya ini.

“Alih-alih, lepas ketiadaan Almarhum Nik Abdul Aziz segalanya berubah,” katanya.

Dalam pada itu, Abby juga menyifatkan PAS kini kuat ‘berdrama’.

“Tetap nak menegakkan syiar Islam tapi nak bekerjasama dengan Umno-BN pula. Drama pula situ sana sini. Kejap Hudud, kejap RUU. Skandal duit lagi,” katanya.

Selain itu, Abby turut mendakwa beliau tidak nampak DAP menghina Islam seperti yang diperbesarkan.

“Kalau pun mereka tolak Hudud ke, RUU ke biarlah, dah tentu mereka bukan Islam,” katanya lagi.

Segala macam dalil saya dengar daripada Ustaz-ustaz PAS. (Masih kemas tersemat dlm kepala ini) Daripada tak faham politik hingga saya lebih PAS daripada sebahagian ahli PAS yang lain pada waktu itu.

Bangga ke sana sini dengan imej PAS. Lawan UMNO/BN dengab apa cara, pahala jihad kata ATGNA dan Ustaz Ustazah dalam PAS pada waktu itu. Kena maki caci dan fitnah dengab penyokong & cybertrooper UMNo/BN jangan cakaplah.

Segalanya dicari salah sampai kening saya pun bertahun baru nak tutup cerita. Tapi gagahnya saya jalan terus sebab saya yakin dengan perjuangan PAS.

Sampai kena banned terus tak boleh berlakon. Saya redha. Saya tak kisahpun sebab saya nak masuk syurga berbanding nak masuk TV. 

Kena banned nama juga. Tidak boleh pergi majlis kerajaan, macam-macamlah. Semua kerana bersama dengan Perjuangan PAS.

Alih-alih, lepas ketiadaan  TGNA segalanya berubah.


Tuesday 21 February 2017

Perlantikan Madinah Langgar Kod Etika Juruaudit Sektor Awam



Putrajaya: Bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad, 60, dilantik sebagai Ketua Audit Negara bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 23 Februari lalu hingga 22 Februari 2019.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pelantikan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, berdasarkan Fasal (1) Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Menurutnya, pelantikan itu bagi menggantikan Tan Sri Ambrin Buang yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada Rabu ini.




Tan Sri Dr Madinah Mohamad adalah merupakan isteri kepada Ketua Umno Bahagian Kepong Datuk Rizuan Abdul Hamid yang sanggup mati untuk mempertahankan Najib.

Sebagai isteri kepada Ketua Bahagian Umno sudah semestinya menemani suaminya dalam majlis-majlis politik .

Perkara ini sudah tentu akan mengurangkan keyakinan rakyat ke atas kewibawanya untuk melaksanakan tugas sebagai Ketua Audit Negara yang tulus tanpa pengaruh dari pihak-pihak tertentu.

Malah di dalam Kod Etika Juruaudit Sektor Awam yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara Fasa 11 dan 33 ada menyatakan bahawa juruaudit tidak boleh terlibat dengan aktiviti politik. 

Walaupun Madinah hanya seorang isteri kepada Ketua Bahagian Umno tetapi kehadirannya di majlis-majlis politik suaminya akan memberi gambaran negatif ke atas tanggapan orang ramai terhadap kredibiliti beliau sebagai Ketua Audit Negara.

Mari kita lihat kepada Kod Etika Juruaudit Sektor Awam (Pindaan Mac 2011) ini menerangkan prinsip dan nilai yang relevan kepada profesion dan tugas pengauditan. Ia juga meliputi norma kelakuan yang perlu dipatuhi oleh setiap Juruaudit dalam melaksanakan kerja pengauditan. Kod Etika ini adalah berasaskan kepada tanggungjawab dan obligasi moral bagi memandu dan memacu Juruaudit meningkatkan prestasi dan profesionalisme. Ianya digubal dan disesuaikan selaras dengan Kod Etika yang dikeluarkan oleh International Organisation of Supreme Audit Institutions (INTOSAI) dan International Standard of Supreme Audit Institutions (ISSAI 30 - Ethics


Petikan Fasa 11 dan 33.


Kebebasan, Objektiviti, Adil Dan Saksama
11. Juruaudit perlu mengekalkan kebebasan daripada pengaruh mana-mana pihak termasuk parti politik atau pertubuhan lain supaya dapat menjalankan tanggungjawab
pengauditan dengan adil dan saksama.


Penglibatan Dalam Aktiviti Luar
33. Juruaudit tidak boleh terlibat dengan aktiviti sosial, ekonomi dan parti politik yang bercanggah dengan peraturan Kerajaan.

Friday 10 February 2017

Tanpa Ketegasan : Malaysia Akur Syarat Myanmar Agih Bantuan Sama Rata Antara Penduduk Islam dan Buddha di Rakhine


Sebanyak 500 tan bekalan makanan dan keperluan bernilai RM5 juta diserahkan kepada kerajaan Myanmar hari ini untuk diagih kepada etnik Rohingya di Rakhine.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pihaknya akan memastikan bekalan itu diterima oleh komuniti Rohingya di Myanmar.

"Saya yakin dengan sikap keterbukaan Myanmar dan (misi) ini satu kejayaan besar.

"Wilayah Rakhine memang memerlukan bantuan ini, penghantaran bantuan akan diuruskan oleh Kedutaan Malaysia di Myanmar dan ini prosedur operasi standard biasa," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan bantuan itu di Terminal Antarabangsa Thilawa, di Yangon.


Manakala mengikut laporan akhbar Daily Mail UK, Myanmar tidak membenarkan kapal bantuan itu untuk belayar ke Sittwe, ibu negeri Rakhine, sebagai mana yang diharap oleh penganjur.

Myanmar juga telah menegaskan bahawa bantuan untuk diagihkan sama rata kepada kedua-dua Buddha dan masyarakat Islam.

"Kami masih berharap dengan segenap hati kita bahawa mereka akhirnya akan membolehkan kita untuk melawat Sittwe dan mengedarkan membantu diri kita sendiri," kata ketua misi itu, Abdul Azeez Abdul Rahim.

Malaysia menggesa Pertubuhan Negara-negara Asia Selatan untuk menyelaras bantuan dan menyiasat kekejaman yang didakwa dilakukan terhadap Rohingya, memecahkan tradisi lama wujud kumpulan 10 negara itu tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman masing-masing.

Myanmar, seterusnya, menuduh Malaysia mengeksploitasi krisis "untuk mempromosikan agenda politik tertentu"