Monday 26 February 2018

Gandingan Mahathir-Anwar menyebabkan rasa panik dalam Umno, kata Amanah




Semalam Ahad, 25hb Feb 2018 berlansungnya program pelancaran jentera PDM Pakatan Harapan Saujana Utama dan pidato Pemuda 'Bina Semula Negara' di Balai Masyarakat SU1 Saujana Sungai Buloh

Program ini di rasmikan oleh Abbas Azmi - Ketua Pemuda Amanah selangor dan Mohd Najib Itam Othman - Ketua bahagian PPBM Kuala Selangor



Majlis yang dipengerusikan oleh Saudara Muhammad Nohi Bin Omar ini turut menampilkan wakil NGO kaum India saudara Manimanan dan 4 pemidato pemuda iaitu Abbas Azmi - Ketua Pemuda Amanah Selangor ,Mohd Ashraf Mustaqim - Exco Pemuda PPBM ,Syed Badli Shah Syed Mansoor - SU AMK Selangor Edry Faizal Yusof - Ajk DAP Subang.



Abbas Azmi Ketua Pemuda Amanah Selangor yang mewakili Dzulkefly Ahmad yang tidak dapat hadir kerana menghadiri program lain berkata berikutan pengumuman Pakatan Harapan gandingan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana menyebabkan rasa panik dalam UMNO.



'2 doktor rawat Malaysia ' kata Abbas Azmi mengaitkan kedua - dua lagenda iaitu Tun Mahathir dan Anwar yang sudah dikenali antara pemimpin terhebat yang diakui pernah melakukan perubahan positif kepada negara.


Menteri-menteri Umno menyerang Pakatan Harapan, berikutan pengumuman majlis kepimpinan baru pakatan pembangkang, kerana mereka tidak lagi melihat Perdana Menteri Najib Razak sebagai pemimpin yang berdaya maju untuk parti pemerintah.Mereka amat tergugat dengan gabungan ini

Merujuk kepada "keadaan panik" di umno dan reaksi daripada beberapa menteri kanan, Abbas Azmi berkata serangan itu amat "menyedihkan", dan tidak ada penyelarasan.
Gabungan kedua-dua tokoh legenda Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim, sememangnya sangat menonjol.

"Ahli strategi dan doktor spin Umno, termasuk para blogger, telah dilihat secara rata tidak sepakat dalam membuat kenyataan lebih teruk lagi adalah usaha ahli akademik di menara gading mereka.









Saturday 24 February 2018

SPRM cuba wujudkan indeks rasuah bersifat syok sendiri




Berikutan keputusan CPI yang begitu memalukan negara, Dzulkifli pun mengemukakan sebuah rancangan penyelesaian yang dikiranya terbaik bagi memperbaiki tahap rasuah dalam negara.

Beliau mengumumkan bahawa SPRM sendiri akan merangka indeksnya sendiri dalam masa dua tiga bulan lagi.

Sebuah agensi pencegah rasuah ada indeks sendiri itu boleh dikategorikan sebagai syok sendiri . Mana mungkin SPRM sebagai agensi pencegah rasuah boleh menilai hasil kerjanya sendiri? sudah tentu ada orang lain yang menilainya


Apa yang tak kenanya dengan persepsi indeks rasuah yang dikeluarkan oleh Badan Ketelusan Antarabangsa?

Jika ada yang tak kena SPRM boleh menghubungi badan itu untuk mendapat perincian kenapa Malaysia dinilai sebegitu teruk sekali.

Laporan tahunan CPI berdasarkan tinjauan daripada mereka yang terlibat dalam industri perniagaan, termasuk penganalisis risiko dan orang awam bekerja di negara yang dinilai. Ia berdasarkan sekurang-kurangnya 3 tinjauan bebas berkenaan persepsi di setiap negara.


Malaysia mencatat penurunan sebanyak 7 tangga dan kini berada di kedudukan ke-62 daripada 180 negara dalam indeks rasuah dikeluarkan oleh badan ketelusan antarabangsa, Transparency International (TI), prestasi yang terburuk sejak 5 tahun lepas.

Malaysia memperoleh markah 47 daripada 100 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 yang dikeluarkan hari ini oleh kumpulan anti rasuah tersebut.

Thursday 22 February 2018

Sindiran Jamal bantu promosi kutipan derma PPBM




Baru-baru ini sindiran Jamal Yunus berkaitan dengan Tabung derma PPBM telah mendapat liputan meluas 

Arus media perdana pro kerajaan juga turut menyiarkan berita tentang sindiran Jamal derma 7 billion yang dilihat sebagai bahan jenaka itu.

https://www.utusan.com.my/berita/politik/jamal-sumbang-rm7-billion-pada-ppbm-1.613454


Sehubungan itu kutipan derma yang dulunya hanya ahli yang tahu akhirnya tersebar luas kepada seluruh rakyat Malaysia terutama dari golongan pengundi atas pagar.

Tujuan PPBM menubuhkan tabung derma ini bagi menumbangkan kerajaan kleptokrasi UMNO-BN

Bagi rakyat Malaysia yang ingin membuat sumbangan secara online di 
http://pribumibersatu.org.my/donation.phpatau sumbangan terus ke akaun

CIMB: 8602689940 Parti Pribumi Bersatu Malaysia




Terimakasih kepada Jamal atas kesilapan strategi itu, kutipan derma PPBM pasti akan meningkat


Kami berharap akan datang lebih banyak sindiran yang akan dibuat oleh Jamal untuk mempromosi kutipan derma PPBM

Monday 19 February 2018

'Apakah SKMM akan guna akta berita palsu terhadap Najib?'



Akta baharu menangani penularan berita palsu akan cuba dimasukkan dalam sidang Parlimen, Mac ini untuk digubal dan dibahaskan.


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak, berkata undang-undang yang akan diletakkan di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri itu masih di peringkat penelitian jawatankuasa khas.

Sementara itu pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan turut mengenakan hukuman terhadap pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penyebaran 'berita palsu'.
"Bolehkah SKMM menjamin bahawa undang-undang baru dengan peningkatan denda sepuluh kali ganda berhubung 'berita palsu' akan dikenakan terhadap 'jerung' dan 'ikan bilis' dalam kerajaan termasuk Najib, dan bukan hanya mereka yang berbeza pendapat?" soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pegawai Operasi SKMM, Mazlan Ismail yang mencadangkan hukuman denda bagi kesalahan berhubung sebaran berita palsu ditingkatkan sehingga RM500,000 serta penjara 10 tahun.
Dalam kenyataannya, Lim mendakwa Najib melabelkan berita mengenai skandal 1MDB dan "Malaysian Official 1" sebagai berita palsu, dan mempersoalkan sama ada mereka yang menimbulkan soalan mengenai skandal berkenaan akan turut dikenakan tindakan.

Walaupun Najib memperkecilkan kontroversi 1MDB, termasuk tuduhan menerima AS$ 731 juta daripada dana yang disalahgunakan, setakat ini tiada rekod beliau menepis skandal berkenaan sebagai berita palsu.

https://www.malaysiakini.com/news/412641

Sebelum ini Tony Pua berkata induvidu pertama yang patut disiasat kerana menyebarkan “berita palsu” ialah Perdana Menteri Najib Razak kerana mendakwa hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion “tidak lesap”, 

Najib mempertahankan hutang 1Malaysia Development Bhd, berkata wang itu tidak pernah “hilang”, bukan seperti kerugian RM31 bilion yang dialami menerusi skandal urus niaga forex Bank Negara Malaysia (BNM).

Najib pada bulan lepas mengumumkan kerajaan sedang mempertimbangkan undang-undang baharu untuk membanteras berita palsu, yang dikatakan menjadi ancaman kepada kestabilan politik dan ketenteraman awam.

“Namun, ironinya ialah penyebar terbesar berita palsu hari ini ialah tidak lain tidak bukan perdana menteri sendiri,” kata Pua yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dalam satu kenyataan.

Friday 16 February 2018

Mengaibkan !!! Najib Benar Diplomat Israel Masuk Malaysia Kata Mahfuz


Dalam kenyataan Media baru-baru ini Dato' Mahfuz omar mengkritik Najib Razak berikutan pentadbirannya membenarkan diplomat Israel masuk ke Malaysia secara rasmi . Di bawah adalah kenyataan media yang disiarkan di facebooknya.

1. Rakyat berasa gundah gulana dan amat terhina dengan laporan The Times of Israel bertarikh 12 Febuari 2018, 1058pm bertajuk *‘IN FIRST, ISRAELI DIPLOMATS ATTEND UN CONFERENCE IN MALAYSIA’* dan laporan The Jerusalem Post bertarikh 13 Febuari 2018, 8.35pm bertajuk *‘FIRST ISRAELI DIPLOMAT TO VISIT MALAYSIA IN 53 YEARS: COUNTRY TOUGH TO CRACK’*.


2. Apakah mainan dan dendangan sebenar Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. *Rakyat benar-benar rasa tertipu dan sedih* atas laporan dua portal rasmi Israel mengenai laporan lawatan kerja rasmi diplomat Israel ke Malaysia.

3. Disaat rakyat Palestin diratah dan dibunuh kejam oleh kerajaan Zionis Israel di Palestin, *Malaysia pula menjadi khadam menyambut delegasi kerajaan Zionis Israel* sebagai tetamu negara dalam persidangan anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu World Urban Forum (WUF) di Kuala Lumpur.

4. Di saat rakyat Malaysia bersatu padu menentang keganasan serta kezaliman Zionis Israel terhadap Palestin dan terkini rakyat Malaysia sudah pun menyatakan bantahan hasrat Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump yang ingin memindahkan Kedutaan AS di Tel Aviv ke Baitul Maqdis, tiba-tiba *kerajaan UmnoBn Najib Razak menyambut delegasi Zionis Israel sebagai tetamu* serta dikatakan *turut mengadakan pertemuan dengan pegawai Malaysia dan menyatakan harapannya untuk melihat kerjasama antara Malaysia dan Israel* pada masa hadapan.

5. Ketika rakyat diminta bersolidariti bersama kerajaan Malaysia menganjurkan himpunan anti-Israel di Putrajaya dalam isu yang dilontarkan oleh Trump bagi memindahkan kedutaan Amerika dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis dan Himpunan Selamatkan Aqsa dengan perbelanjaan jutaan ringgit dan disokong penuh oleh parti PAS, tiba-tiba pada masa yang sama Kerajaan *Malaysia menjadi 'barua' mengiringi diplomat Zionis Israel dalam persidangan UN-Habitat*. Mainan dan wayang apakah yang ingin kerajaan hidangkan untuk rakyat Malaysia yang sekian lama telah membenci Israel?

6. Telah jelas bahawa Malaysia tiada sebarang hubungan diplomatik dengan Israel dan tiada siapa boleh memaksa dan mengarah kerajaan Malaysia untuk mengizin dan membenarkan sebarang hubungan, kerjasama hatta lawatan warga Israel ke Malaysia bersandarkan perlembagaan Malaysia.Namun *bagaimana pegawai tinggi Israel David Yitshak Roet yang merupakan bekas Timbalan Duta Rasmi Israel ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, bekas Menteri Kabinet Israel, Ofir Pines-Paz bersama-sama beberapa pegawai kanan Kerajaan Zionis Israel boleh hadir dan berada dalam negara kita Malaysia?*. Adakah Imigresen Malaysia izinkan? Adakah Polis Malaysia izinkan? Logiknya, hanya Kerajaan Malaysia sahaja boleh mengatasi Imigresen dan Polis serta Perdana Menteri sahaja boleh memberi keizinan tersebut.Selaku tuan rumah, Malaysia disyaratkan meluluskan visa kepada semua perwakilan.

7. Sebelum ini, pasukan kriket Israel memasuki Malaysia bagi menghadiri satu kejohanan kriket di ibu negara pada tahun 1997 dan mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia yang tidak mahu pemain-pemain kriket Israel menjejakkan kaki ke negara ini.

Keberadaan pimpinan Zionis Israel dalam negara kita adalah *satu ‘pengkhianatan’ terhadap HARAPAN dan AMANAH rakyat kepada kerajaan Malaysia* pimpinan Najib Razak. Sifat dayus ini adalah suatu yang memalukan umat Islam Malaysia dan antarabangsa.

8. Lebih memalukan dalam laporan rasmi portal The Jerusalem Post dan The Times of Israel menyatakan sungguhpun Israel dan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik, namum *hubungan dagang antara Malaysia dan Israel sedang dan telah rancak berjalan dimana dagangan Malaysia-Israel pada 2014 - 2015 mencecah USD1.5 billion*,menunjukan satu nilai yang cukup tinggi berbanding hubungan dagang dengan negara Islam yang lain.

Dalam erti kata lain, *hubungan Malaysia-Israel seperti pasangan yang tidak berkahwin tapi tinggal bersekedudukan bersama*.

9. Selaku Ahli Parlimen Malaysia, saya ingin menyampaikan rasa kesal dan kecewa dengan sikap dan tindakan Presiden Umno Najib Razak dan mereka yang bersengkokol bersamanya bagi mengizinkan Zionis Israel dalam apa jua aktiviti dan hubungan walaupun Menteri Luar Datuk Hanipah Aman
menyatakan bukan kerajaan Malaysia yang mengundang Israel tetapi PBB yang undang.

Ingin saya tegaskan tanpa persetujuan kerajaan Malaysia,mana mungkin PBB boleh mengundang Israel.Tanpa kebenaran Malaysia juga diplomat Israel tidak boleh masuk ke Malaysia.Kenyataan Menteri Luar itu hanya sekadar untuk melepas tangan.Saya yakin bahawa segalanya hanyalah satu 'sandiwara antarabangsa' Najib Razak yang sedang bermain dengan jiwa dan raga umat Islam Palestin dan penipuan serta pembohongan berterusan UmnoBn kepada rakyat Malaysia.

10. Adakah kita masih menaruh HARAPAN terhadap UmnoBn dan Najib Razak? Adakah kita masih bersangka BAIK terhadap Umno dan Najib? Adakah kita sudi di tipu secara jelas oleh UmnoBn dan PM Najib Razak?.

#NajibYangMemalukan
#MalaysiaIsraelBersekedudukan
#JahanamUmnoBnIsrael
#SelamatkanMalaysia
#BinaSemulaNegara
#YaAllahLindungilahMalaysia

*DATO' HJ MAHFUZ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
2pm Taman AlWalid Alor Setar
15 Feb 2018/29 Jamadilawal 1439H

Sunday 11 February 2018

Dividen KWSP : Pencapaian 6.9 % Tiada Apa Nak Di banggakan Berbanding Zaman Tun Mahathir 8 % selama 13 Tahun Berturut-turut



Hari ini Najib berkata Kadar dividen tinggi yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah hasil dari pelaburan dan pengurusan yang baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Alhamdulillah, hasil pengurusan dan pelaburan baik, hari ini KWSP isytihar kadar dividen 6.90 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 6.40 peratus bagi Simpanan Syariah," katanya melalui kenyataan Twitter hari ini.

Dividen itu, kata Najib, diharap dapat membantu menambah simpanan pencarum serta menjadi bekalan di masa depan.

https://www.malaysiakini.com/news/411839


Sila lawati

http://www.kwsp.gov.my/portal/about-epf/investment-highlights/dividend-rates

Sepanjang Najib menjadi perdana menteri sejak 2009 kadar dividen KWSP pada 5.65%, 2010 pada kadar 5.80 %, 2011 6% , 2012 6.15%, 2013 6.35 %, 2014 6.75%, 2015 6.40%, 2016 5.70%, 2017 6.90%  


Dividen di zaman Najib tidak pernah capai angka 8% , tidak seperti di zaman Tun M 1981 atas dari  8% kekal sehingga 1994 iaitu 13 tahun. 

Saturday 3 February 2018

Harga Barangan Import Turun Setelah Tun Mahathir Diumum Calon PM ke 7



Minggu lalu mula menyaksikan ringgit mulai pulih dan ia kini didagangkan pada kadar nilai 3.80 kepada 1 USD kepada nilai tukaran 1 dolar Amerika Syarikat (USD).

Pemulihan ringgit berikutan pencalonan bekas Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan , Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri pembangkang.

'faktor Mahathir' menjadi peransang kepada pemulihan nilai ringgit berdasarkan pencapaian pemerintahannya sebagai perdana menteri selama 22 tahun sebelum ini.

Pencalonan Dr M mengukuhkan nilai ringgit, KLSE meningkat, media barat, Wall Street sudah mula sedar. sudah seminggu sejak pengumuman Tun Dr Mahathir menjadi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan maka pelabur asing mula memandang ke arah Malaysia untuk melabur.

Apabila ringgit mengukuh maka secara otomatiknya harga barangan makanan yang diimport seperti buah-buahan, daging lembu, kambing mula menampakkan penurunan yang mendadak iaitu antara 10%,15% hingga ke 25%

Sebelumnya nilai ringgit jatuh teruk di bawah pemerintahan Najib

Menurut laman Bank Dunia, kadar Ringgit telah menurun daripada RM3.06 (2011) kepada RM4.39 (2017) berbanding dolar AS. Ini bermakna Ringgit Malaysia kecil berbanding dengan dolar dan apa-apa urusan dalam nilaian dolar (yang menjadi rujukan utama dunia) akan menjadi mahal terutama barangan import.

Lemahnya nilai Ringgit adalah salah satu punca utama kenaikan harga barang kerana kita masih bergantung kepada import untuk barangan utama termasuklah makanan. Nilai Ringgit ditentukan oleh permintaan dan penawaran di pasaran mata wang yang banyak dipengaruhi oleh iklim ekonomi negara.

Menurut jentera propaganda parti pemerintah, kejatuhan Ringgit berkait dengan nilai dolar AS yang mengukuh justeru di luar kawalan parti pemerintah. Bahkan semua mata wang serantau yang lain telah jatuh jika dibandingkan dengan dolar AS, bukannya Ringgit semata-mata.

Jika difikirkan ada logiknya alasan ini namun jika diteliti dengan lebih mendalam kejatuhan nilai Ringgit jauh lebih buruk berbanding mata wang lain di rantau ini, malah bertambah buruk sejak timbulnya skandal terbesar dunia.

Menurut Rafizi Ramli, Naib Presiden KEADILAN, dalam kenyataannya pada 4 Julai 2017, selain dari Indonesia dan Vietnam, mata wang Ringgit adalah yang paling teruk berbanding Singapura, Thailand, Filipina dan Korea Selatan jika dibandingkan dengan nilai pada tahun 2007 (iaitu nilai asal sebelum Dato’ Seri Najib menjadi Menteri Kewangan). Sejak tahun 2008, nilai Ringgit telah susut 27.7% sedangkan nilai mata wang lain naik 6.8%.

Katanya lagi, “Lebih teruk lagi, kejatuhan nilai Ringgit sebenarnya jauh lebih cepat berbanding mata wang lain sejak berita dana 1MDB masuk ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib dilaporkan oleh Wall Street Journal. Kejatuhan Ringgit berbanding tahun 2015 (iaitu sebelum berita itu dilaporkan) adalah sebanyak 12.3% iaitu tertinggi berbanding mata wang lain di rantau ini”.








Thursday 1 February 2018

Ringgit Mengukuh Sejak Tun Mahathir Diumum Calon PM Pakatan




Sejak penghujung 2017, pemilihan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri PH mula menjadi perbualan dalam kalangan pemerhati politik negara sehingga menjadi tajuk berita beberapa media tempatan dan antarabangsa.

Seiring dengan perkembangan politik itu, aliran nilai ringgit turut bergerak positif sehingga pada 5 Januari lalu nilai ringgit mencecah RM3.99 bagi satu dolar AS.

Aliran positif itu terus kekal apabila pada 7 Januari, Pakatan pada Konvensyen Pakatan Harapan 2018 secara rasmi menamakan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ketujuh dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula calon Timbalan Perdana Menteri.

Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob berkata, keadaan itu dapat dilihat sebelum ini bahawa keyakinan pelabur terhadap ringgit agak goyah.

“Ini tidak boleh dinafikan. Ada tanggapan keberanian Pakatan Harapan mengumumkan calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri menggembirakan pelabur asing.
“Kita boleh jangka jika Pakatan Harapan menang, pelabur akan lebih berminat melabur di Malaysia.“Bermakna pelaburan asing langsung ke Malaysia dijangka melonjak. Reaksi awal pelabur asing memang begitu, mereka gembira dengan pengumuman itu,” katanya seperti dilapor Selangor Kini.
http://www.malaysianupdate.com/2018/01/mahathir-calon-pm-gembirakan-pelabur.html


Sebelumnya pada pada 2015 Dr Rosli Yaakob kerap mengkritik pentadbiran Najib dalam beberapa kenyataannya.


Beliau berkata kurang keyakinan di kalangan pelabur luar negara antara faktor utama kejatuhan nilai ringgit sekarang.

beliau menyatakan ada beberapa faktor yang disebut sebagai ‘bukan fundamental’ yang menyebabkan nilai ringgit terjejas.

Antaranya adalah seperti pelabur luar kurang berkeyakinan terhadap kepemimpinan negara selain krisis skandal syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mempunyai hutang RM42 billion.

“Kurang keyakinan dan skandal 1MDB yang berhutang RM42 billion ini mungkin memberikan kesan psikologi kepada pelabur luar negara,” katanya.

http://v2.ismaweb.net/2015/08/pelabur-tak-yakin-antara-punca-ringgit-jatuh-dr-rosli-yaakob/




Malah pada 2017  telah dikatakan Najib telah membawa balik sebanyak RM 175 billion  pelaburan dari negara China tetapi berita pelaburan itu tidak memberi kesan positif pada ringgit . Ringgit terus menjunam pada kadar RM 4.42 bagi 1 US dolar. Menurut beberapa pakar pelaburan , perlaburan sebanyak RM 175 billion itu pada asasnya adalah pinjaman luar yang memberi kesan negatif pada ekonomi negara .